Tuesday, March 14, 2006

Kursus Pertolongan Cemas St. John Ambulans

Tarikh : 11 - 12/03/2006
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun.

Link : Klik di sini untuk lihat 36 keping gambar...
-------------------------------------------------------------------

Gambar-gambar di bawah ini hanya sebahagian daripada gambar yang diambil daripada aktiviti pertolongan cemas di sekolah. Gambar ini terdiri daripada 36 keping yang terpilih tetapi di dalam blog ini hanya beberapa keping yang dipaparkan. Ikuti sedikit sebanyak apa yang mereka perkatakan.
Ahli St. John berada di padang buat latihan CPR - "Masih ingat dak? DR.ABC + R" bukan senang tu... mereka dah berpeluh mengingat langkah praktikal. Lepas praktikal kena lari pusing padang pulak!
Wah! tengok tu... bukan main lagi salah seorang daripada ahli pertolongan cemas sedang buat pemeriksaan. Hooi yo! ada gigi rosak kah atau ada semut masuk?
Ha.. ini hari kedualah... praktikal balutan. Mei Qi tengah buat praktikal balut lutut yang cedera. Boleh jalan lagikah?Ada masalah besar, mudah sahaja lebih baik berjumpa sendiri dengan officer untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut. Clear tak berjerebu! Xue Fen faham dak? line clear?Ok sakit lagikah? tak apa saya ketatkan lagi... mungkin itulah Beng Chai sedang katakan. Di kelas buat praktikal balutan. Ooi... kesian patah tangan beramai-ramai.Ini cedera kepala-praktikal balutan kepala. Rasanya boleh tahan mereka semua ini, bakal-bakal nurse ni... hari kedua kursus berakhir pada jam 6.30 petang. Selamat berjaya dalam peperiksaan PC nanti!

Anda boleh download gambar yang anda inginkan dari album yang disediakan untuk St.John Ambulans SMK Gurun - Saiz di antara 4 - 5mb.